Sunday, 7 August 2011

UUM Memperkasa ICT Di Luar Bandar

9 JULAI 2011/7 SYAABAN 1432H



"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

ITU-UUM MEMPERKASA ICT DI LUAR BANDARUUM ONLINE: Asian Development Bank (ADB) dan International Telecommunication Union (ITU) dengan kerjasama Kementerian Teknologi Penerangan, dan Komunikasi, Thailand (MICT) telah menganjurkan bengkel ADB/ITU Final International Workshop on Rural ICT Development di Krabi, Thailand pada 30 Jun hingga 2 Julai 2011 dan Regional Multi-stakeholder Discussion Forum on Rural ICt Development, di Bangkok, Thailand pada 4 Julai lalu.

Projek pembangunan ICT luar bandar yang mengambil masa dua tahun, bermula tahun 2009 adalah dibiayai oleh ADB melibatkan sembilan buah negara di seluruh Asia Pasifik, seperti Cambodia, China, Indonesia, India, Korea, Mongolia, Malaysia, Filipina dan Thailand.

Bagi projek di Malaysia, ITU-UUM ASP CoE For Rural ICT Development telah berjaya melaksanakan kajian kes ini dari Januari 2010 hingga Mei 2011.

Profesor Universiti Utara Malaysia (UUM),  Prof Dr Zulkhairi Md Dahalin, telah dilantik oleh pihak ADB sebagai perunding tempatan dan sekaligus mewakili Malaysia dalam sesi pembentangan ini.

Sesi ini juga turut dibentangi oleh Dr Mohd Khairudin Kasiran iaitu salah seorang penyelidik daripada 15 penyelidik UUM yang terlibat dalam projek berkenaan.

Terdapat pelbagai isu dan cadangan berkaitan status ICT di luar bandar bagi setiap negara, strategi, polisi dan regulasi, faktor ekonomi dan sosial, pembangunan modal insan, pasaran dan inisiatif akses ICT luar bandar serta rangkaian dan program kerajaan terhadap pembangunan ICT luar bandar telah dibentang dan dibincangkan.

Beberapa contoh kajian kes beberapa negara terutamanya Korea, Malaysia Thailand, Filipina dan India telah dijadikan model untuk diadaptasi oleh negara-negara yang masih dalam proses meningkatkan ICT mereka di luar bandar seperti Mongolia dan Cambodia.

Bengkel dan forum yang diadakan ini adalah platform perkongsian ilmu dan percambahan idea berkaitan pembangunan ICT di luar bandar dari pelbagai perspektif, serta secara tidak langsung mewujudkan jaringan sosial antara negara ASEAN dan Asia Pasifik yang terlibat.

Turut hadir, sembilan wakil dari Malaysia di mana dua daripadanya adalah dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan KPKK dan enam dari UUM.


Click here. :)

No comments:

Post a Comment